Saturday 3 November 2018

Hikmah-hikmah Korban

1. Memperingati sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s. yang telah diperintahkan oleh Allah supaya mengorbankan puteranya Nabi Ismail a.s.

2. Berbakti dengan memberi pertolongan kepada fakir miskin pada Hari Raya Korban supaya mereka dapat bersama-sama menikmatinya.

3. Untuk membangkitkan kesedaran kepada setiap orang Islam supaya sentiasa sanggup membelanjakan harta benda atau berkorban sesuatu kerana meninggikan syiar Islam.

4. Melahirkan perasaan syukur dan takwa kepada Allah S.W.T.

5. Merapatkan lagi perhubungan masyarakat di antara orang Islam yang berkemampuan dengan orang Islam yang tidak berkemampuan.

Penyerahan Daging Korban

1. Daging korban wajib.
Korban wajib ialah korban yang dinazarkan. Daging, kulit dan tanduknya wajib disedekahkan. Orang yang berkorban dan orang yang di bawah tanggungannya haram memakan daging tersebut.

2. Daging korban sunat.
Daging korban sunat adalah wajib disedekahkan sebahagian kepada fakir miskin. Orang yang berkorban sunat memakannya sedikit sahaja.

Perkara-perkara Sunat Ketika Menyembelih Korban

1. Membaca Bismillah.
2. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
3. Membaca takbir (Allahu akbar).
4. Binatang yang disembelih itu hendaklah dihadapkan ke kiblat.
5. Orang yang berkorban itu sendiri menyembelih korbannya dan jika ia mewakilkan kepada orang lain, maka disunatkan ia hadir ketika menyembelih.
6. Mendoakan supaya diterima Allah S.W.T.

Doa menyembelih korban:
 
Maksudnya: 
"Ya Allah terimalah korban Muhammad, keluarganya dan dari Muhammad".

Atau boleh juga membaca doa berikut:


Maksudnya:
"Dengan (menyebut) nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah (korban) ini dariMu dan kepadaMu juga kukorbankan, maka terimalah korbanku, sesungguhnya Engkau Maha Penyayang". 

Waktu Berkorban

Mula masuk waktu menyembelih korban itu ialah selepas naik matahari pada Hari Raya Korban iaitu kira-kira selepas kadar cukup masa untuk sembahyang dua rakaat dan sua khutbah yang ringkas (selepas sembahyang sunat dan bacaan Khutbah Hari Raya Korban) dan masa berakhirnya ketika terbenam matahari pada hari tasyriq yang terakhir iaitu pada 13 Zulhijjah.

Syarat-syarat Binatang Korban

1. Tidak buta matnya.

2. Tidak pincang kakinya.

3. Tidak kurus badannya.

4. Tidak berkurap atau berkudis.

5. Tidak cacat telinga dan ekornya.

6. Tidak mengandung atau baru melahirkan anak.

7. Tidak berpenyakit yang nyata sehingga nampak kurus yang boleh merosakkan dagingnya.


Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:
Ali r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami agar memeriksa mata dan telinga, agar kami tidak mengorbankan haiwan yang buta, yang terpotong telinga bahagian depannya atau belakangnya, yang robek telinganya, dan tidak ompong gigi depannya. (Riwayat Ahmad dan Imam Empat. Hadis sahih menurut Tarmizi, Ibnu Hibban dan Hakim).

Binatang Korban

Binatang yang boleh dijadikan korban ialah dari jenis yang dipanggil "An'am" iaitu:
1. Unta yang berumur lima tahun.
2. Lembu dan kerbau yang berumur dua tahun.
3. Kambing yang berumur dua tahun lebih. 
4. Domba atau biri-biri berumur satu tahun lebih atau sedah bersalin gigi sesudah umurnya enam bulan.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:
Dari Jabir bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Jangan menyembelih kecuali haiwan yang umurnya masuk tahun tiga. Bila engkau sulit mendapatkannya, sembelihlah kambing yang umurnya masuk tahun kelima. (Riwayat Muslim). 

Hukum Korban

Menyembelih binatang korban hukumnya sunat muakkad dan jika dinazarkan menjadi wajib.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa mempunyai kemudahan untuk berkorban namun ia beluk berkorban, maka janganlah sekali-kali ia mendekati tempat solat kami. (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah. Hadis ini sahih menurut Hakim. Hadis mauquf menurut para imam hadis selainnya).